Ukuran Saiz Kertas A3 A4 & A5 Dalam CM, MM & Inci

Cetakan Cepat – Mudah – Jimat Di JINGGA Print. Hubungi Kami Di Sini

Berikut adalah panduan berguna untuk mempelajari saiz kertas yang biasa digunakan dalam urusan percetakan di Malaysia.

.Saiz Dalam MillimeterSaiz Dalam Inci
A0841 x 118933.11 x 46.81
A1594 x 84123.39 x 33.11
A2420 x 59416.54 x 23.39
A3297 x 42011.69 x 16.54
A4210 x 2978.27 x 11.69
A5148 x 2105.83 x 8.27
A6105 x 1484.13 x 5.83
A774 x 1052.91 x 4.13
A852 x 742.05 x 2.91

Perlu diingat. Terdapat perbezaan di antara saiz akhir produk dan saiz artwork yang dihantar untuk percetakan. Artwork atau design yang dibekalkan perlu termasuk ukuran bleed, anda boleh tahu lebih banyak tentang bleed di sini. Design yang tidak mempunyai ukuran bleed berisiko menyebabkan proses percetakan tergendala. Lihat Senarai Semak Design Untuk Percetakan bagi mengetahui lebih lanjut.

Kertas A3

Sekeping kertas A3 bersamaan dengan dua keping kertas A4 dan 4 keping kertas A5. Ukurannya dalam unit Sentimeter ialah 29.7 cm x 420 cm. Kertas saiz A3 sering digunakan untuk poster dan booklet. Sekalipun saiznya yang agak besar, semakin banyak printer yang dijual dipasaran berupaya untuk mencetak kertas saiz ini. Jika anda tidak mempunyai printer bersaiz A3, datang sahaja ke JINGGA Print untuk mencetak dokumen-dokumen anda.

Kertas A4

Kertas A4 ialah kertas yang paling banyak digunakan. Ia juga paling diterima-pakai di kebanyakan negara dalam dunia. Dengan ukuran 21.0 cm x 29.7 cm, kertas A4 digunakan untuk percetakan dokumenletterhead, borang dan buku. Hampir kesemua mesin pencetak dokumen (home & office printer) yang dijual dipasaran boleh mencetak saiz ini. Selain khidmat percetakan, anda juga boleh dapatkan kertas A4 untuk kegunaan pejabat atau rumah di JINGGA Print.

Kertas A5

14.8 cm x 21.0 cm – Kertas A5 adalah separuh daripada kertas A4. Saiznya yang kecil menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai bahan promosi seperti brochure dan flyers.

JINGGA Print

Pusat Percetakan Sehenti

Mudah – Cepat – Jimat

Kenapa JINGGA Print?

Dari risalah dan poster hinggalah kad nama dan buku, Pusat Percetakan Sehenti JINGGA Print menawarkan cetakan dan penghantaran pada hari yang sama untuk item terpilih. One Heart Print beroperasi 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad, membuatkan segala urusan percetakan anda menjadi mudah. One Heart Print dikenali dengan layanan mesra, hasil cetakan yang berkualiti serta harga yang berpatutan.

Mudah – Cepat – Mesra

Hubungi JINGGA Print Sekarang.