Digital & Offset Printing​

Percetakan Digital

Sekiranya anda memerlukan khidmat cetakan dalam kuantiti yang sedikit serta tempoh masa yang singkat, Jingga Print ada menyediakan  pilihan percetakan digital.

Menggunakan teknologi terkini AccurioPress dari Konica Minolta, keperluan percetakan anda dihasilkan dengan kualiti warna yang tinggi dan hampir menyamai cetakan offset. Perlukan cetakan segera? Teknologi yang digunakan ini mampu membantu anda.

Percetakan Offset

Untuk kuantiti dan saiz yang besar, kami masih lagi menggunakan percetakan offset. Kos anda lebih murah sekalipun masa yang diambil sedikit panjang. Sekiranya anda memerlukan kuantiti cetakan yang besar, serahkan sahaja pada kami.

Pelbagai pilihan kemasan turut kami sediakan antaranya:

– Matt, Gloss Lamination
– Hot Stamping
– Saddle Stitch untuk Booklet
– Perfect Bind
– Glueing
– Wire Binding
– Embossing

Dengan semua teknologi ini membolehkan kami menyediakan pelbagai produk cetakan yang memenuhi keperluan bisnes anda.