Hardcover / Book Binding

Perlukan tempat yang boleh  print dan buat hardcover binding? Percetakan dokumen adalah kunci utama dalam bisnes kami. Kerana itu kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk mencetak dan menjilid buku kulit keras samada Thesis, kontrak JKR, dokumen tender mahupun laporan.

Dengan kelajuan cetakan sehingga 70 muka seminit, mesin pencetak kami bukan sahaja memastikan anda mendapat produk cetakan dengan cepat, tetapi juga dengan warna cetakan yang cantik dan kelihatan profesional.

Kelebihan servis membuat hardcover binding di Jingga Print termasuk:

– Pelbagai pilihan warna
– Cetakan imej custom
– Tiada kuantiti minima
– Siap sepantas 1 hari